Welcome to KoPERIM

KOPERASI PERSADA RIMBA PONTIAN BERHAD ( KOPERIM ) telah mengadakan mesyuarat penubuhan pada 27hb Feb 2010 di No 2.2 Jalan Delima 6, Pusat Perdagangan Pontian, 82000 Pontisn, Johor. Pada 30hb Mei, 2010, KOPERIM telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan no pendaftaran J 0409-9.

.

Wednesday, 23 March 2011

Kedai Koperim

KEDAI KoPERIM

Kedai ini telah memulakan operasi pada 1hb Julai 2010 di no 12 Jalan Megah 2, Taman Megah, 82000 Pontian Johor.  Objektif Kedai KoPERIM ini adalah untuk setiap ahli memperolehi barangan keperluan yang murah disamping menjana keuntungan bagi membayar dividen kepada pemegang saham.

Pada 1hb April, 2010, kedai KoPERIM telah berpindah ke No 6, Jalan Megah 11, Taman Megah 11, Taman Megah, 82000 Pontian, Johor.

Barangan yang dijual adalah terhad kepada barangan berikut :-

1.  Gas Memasak Petronas 14 Kg
2.  Beras keluaran  Syarikat Faiza Sdn Bhd
3.  Gula
4.  Minyak
5.  Milo
6. Nescafe
7. Beberapa barangan yang dipohon oleh ahli-ahli.


GREENPRENEUR
Gas Memasak Petronas

KoPERIM telah menjalankan perniagaan pengedaran Gas Memasak Petronas dengan kerjasama dan kelolaan GP GAS Distributor & Trading.  GP GAS telah bertindak sebagai Pengurus Projek bagi menguruskan perniagaan ini dengan lebih teratur dan tersusun sehingga KoPERIM boleh menjadi pengedar utama kepada ahli-ahli pada masa-masa akan datang.Satu stor penyimpanan gas telah dibina untuk tujuan tersebut di Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian, Johor.


BFFperfumes

KoPERIM telah memulakan perniagaan sebagai pengedar BFFperfumes dan BFFactivelinger bermula 1hb April, 2011 dengan modal permulaan RM200.  Produk ini akan dijual kepada ahli-ahli.



      BFF PERFUMES

KOPERASI PERSADA RIMBA PONTIAN BERHAD

KOPERASI PERSADA RIMBA PONTIAN BERHAD ( KOPERIM ) telah mengadakan mesyuarat penubuhan pada 27hb Feb 2010 di No 2.2 Jalan Delima 6, Pusat Perdagangan Pontian, 82000 Pontisn, Johor.

Pada 30hb Mei, 2010, KOPERIM telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan  no pendaftaran J 0409-9.

SENARAI ANGGOTA

Setiap anggota perlu membayar fi RM 10.00 dan menetap atau mempunyai alamat di seluruh negeri Johor kecuali daerah mersing